Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Johor Tak Akan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor buat masa ini tidak akan menyewakan sebahagian...

Video Separuh Bogel Yang...

Video ini pasti mengundang curiga orang ramai bila menontonnya lagi-lagi video ini dirakam...

Ronaldo Pakai Jam Rolex...

LONDON - Status sebagai atlet terkaya di dunia membolehkan bintang bola sepak, Cristiano...

Hujan Lebat Buruk Lagi...

BEIJING - Hujan lebat yang diramal berlaku hari ini hingga esok, dijangka memburukkan...

Google Street View Di Gurun Liwa Dirakam Menggunakan Unta

Google sedia merakamkan beberapa lokasi menarik di seluruh dunia menggunakan Street View Trekker meraka, termasuk Malaysia yang kini telah meliputi lebih 90% seluruh kawasan Semenanjung.

Terkini mereka turut membawakan rakaman gambar 360 darjah dari Gurun Liwa yang terletak di Abu Dhabi, UAE.

untaaa

Apa yang menariknya ialah kebiasaan penggunaan Trekker (kamera GPS) diletakkan pada kenderaan seperti SUV, tetapi bagi Gurun Liwa yang sangat luas, Google nampaknya memasang Trekker pada Unta, dan menggunakannya untuk merakam gambar Street View.


Menurut Google, Gurun Liwa merupakan salah satu lokasi dengan landskap yang cantik di dunia dan pengguna kini boleh turut melawati Liwa Oasis, iaitu oasis terbesar di semenanjung Arab menggunakan Street View.

Sebelum ini, pihak Google telah menggunakan beberapa kaedah untuk merakamkan gambar mengikut lokasi, termasuk menggunakan kayak untuk rakaman pantai Semenanjung Malaysia serta menggunakan motorsikal kapcai untuk rakaman di Pulau Pangkor.

Lawati : Gurun Liwa di Street View

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori