Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lokomotif Rosak, Ekspres Rakyat...

SEREMBAN, 17 Dis -- Kira-kira 200 penumpang melalui detik cemas apabila tren yang...

Pembebasan Anwar Ibrahim Tertangguh...

LEWAT.. Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka berlaku esok pagi tertangguh lagi...

Tokong Gua Kelawar Berusia...

Georgetown : Sebuah tokong di Jalan Pokok Ceri Air Itam di sini, musnah...

Tempat Rekreasi Di Kedah...

ALOR SETAR - Semua kawasan rekreasi air terjun yang dianggap berisiko di negeri...

GPMS Sokong Isu SJKC Dibincang Pada Perhimpunan Agung UMNO

KUALA TERENGGANU – Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan menyokong tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibincangkan pada perhimpunan agung Umno bulan depan.

Presidennya Syed Anuar Syed Mohamad berkata pihaknya mencadangkan agar perkara itu menjadi antara agenda penting untuk dibincangkan pada perhimpunan agung itu.

“Kami hairan mengapa MCA bimbang mengenai cadangan isu itu dibahaskan sehingga perlu meminta pihak polis siasat atas alasan akan berlaku ketegangan kaum selain dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara.

“Sehubungan itu Alumni GPMS Kebangsaan menggesa Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker memperincikan butiran yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang didakwanya bercanggah berkaitan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Anuar yang juga Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) berkata, cadangan penghapusan sekolah vernakular tidak sepatutnya dilihat sebagai menafikan hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka sebaliknya usaha itu lebih kepada penggunaan bahasa kebangsaan selain merapatkan hubungan antara kaum yang jurangnya kian melebar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori