Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Pusat Penerimaan...

Maahad Tahfiz Diperintah Bayar...

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi...

794 Kes Kebakaran Terbuka...

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan 794 kes kebakaran...

Perompak Ditangkap Sedang ‘Menodai’...

Blackburn - Seorang perompak yang khayal kerana mengambil dadah methamphetamine ditangkap selepas mengadakan...

GST Tidak Naikkan Kos Hidup – DPPM Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang percaya sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan mula dilaksanakan pada April tahun depan tidak meningkatkan kos hidup.

Yang Dipertuanya, Rizal Faris Mohideen berkata, GST telah dilaksanakan di lebih 140 buah negara maka pelaksanaannya nanti perlu dilihat daripada skop perniagaan dan diluar hal ehwal politik.

“GST telah dilaksanakan di lebih daripada 140 buah negara. Ia tidak akan meningkatkan kos hidup dengan ketara seperti yang digembar-gemborkan. Kementerian Kewangan juga berkata ia hanya akan memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna sebanyak 1.8 peratus.

“Sebab itu kita bukan sahaja perlu memahami GST, tetapi melihat ia satu cabaran yang menggalakkan dan mencari keseimbangan antara menyerap kos dan memastikan pelanggan tidak dibebani,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapan bersempena Pelancaran Seminar Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di Pulau Pinang semalam yang diedarkan kepada pihak media hari ini.

Rizal Faris dalam pada itu berharap, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan kakitangannya di Pulai Pinang mencukupi untuk membantu golongan peniaga di negeri itu berhadapan pelaksanaan GST. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori