Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

313 Pusat Mengundi Dibuka...

SEREMBAN ā€“ Sebanyak 313 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14)...

Kembar Dikahwin 1 Sama...

SEPASANG kembar telah `dikahwinkanā€™ antara satu sama lain oleh ibu bapa mereka yang...

Aktivis Separuh Bogel Protes...

SEKUMPULAN aktivis dari People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) berkumpul separuh...

Projek RMMJ Bebas Unsur...

JOHOR BAHRU ā€“ Komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)...

Hadiah Kejutan Suami Benar-Benar Mengejutkan…!

BOTOL Wiski kosong, nota dengan kesan koyakan dan sekotak coklat murah, semuanya dibalut dalam keadaan buruk, itulah hadiah kejutan yang benar-benar ‘mengejutkan’ seorang isteri pemberian suaminya.

Wanita terbabit dikenali sebagai Sophia, seorang rakyat Singapura menerima hadiah kejutan itu dari suaminya, seorang juruterbang yang kini bertugas dalam penerbangannya.

SUPRISE GIFT3

 

Memetik portal Stomp.sg, Sophia berkata dia memang sering menerima hadiah kejutan dari suaminya namun tidak menyangka menerima hadiah yang terlalu ‘mengerikan’ buatnya.

Berkata kepada Stomp, Sophia mendakwa suaminya menempahƃā€šĆ‚Ā hadiah ituƃā€šĆ‚Ā melalui online dari sebuah syarikat yang tidak jelas berpangkalan di mana, namun mempunyai agen penghantaran tempatan di Singapura.

“Saya merenung botol wiski yang kosong, seolah-olah dikutip di tepi jalan. Pada bungkusan itu juga dikepilkan nota yang dicetak dari komputer lama tahun 90 an, serta coklat yang berharga kira-kira SGD 4 (RM10). Diikat dengan reben yang rasanya pintalannya lebih cantik jika kami yang membalutnya.

 

SURPRISE GIFT2

 

“Rasa ingin tahu berapakah nilai ‘hadiah’ itu, saya memeriksa akaun bank kami. Suami membayar kira-kra USD 77 (RM252),” katanya.


Ujar Sophia, dia tidak mempunyai masalah dengan nilai kejutan yang dibelanjakan suaminya namun ia percaya suaminya tidak akan menempah hadiah seteruk itu untuknya.

SURPRISE GIFT

 

“Setelah diperiksa, penghantaran hadiah juga lewat dari tarikh sepatutnya ia dihantar. Saya lantas menghubungi syarikat terbabit namun gagal menjelaskan mengapa berlakunya kelewatan penghantaran.

“Selain itu, syarikat itu mendakwa produk yang dipilih oleh tiada pada tarikh penghantaran diminta serta lokasi penghantaran jauh, di luar kawasan zon penghantaran,” jelas Sophia yang mendakwa penipuan syarikat itu sangat ketara memandangkan keluasan Singapura boleh dikelilingi dengan teksi saja.

 

SUPRISE GIFT1

Bagi mengambil tindakan ke atas syarikat terbabit, Sophia akan membuat aduan di Persatuan Pengguna Singapura (CASE), tetapi pada masa ini masih menunggu maklum balas daripada syarikat itu, yang masih berdiam diri.

Ish..ish… Ini baru betul-betul kejutan kan… Siapa yang menipu sekarang? Syarikat hadiah itu ke atau ejen penghantaran yang rembat hadiah itu? Musykil sungguh ini! :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori