Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Digesa Segera Haramkan...

KUALA LUMPUR - Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama 45 badan bukan kerajaan...

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan...

TOKYO: Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April...

Tiga Beradik Dakwa Cedera...

SIBU - Tiga beradik berusia antara lima hingga 10 tahun didakwa mengalami kecederaan...

Penganggur Dihukum Mati Bunuh,...

KOTA BHARU - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

Hampir 200,000 Wanita Jalani Ujian Mamogram LPPKN Sejak 2007

KUALA LUMPUR – Sebanyak 192,365 wanita menjalani pemeriksaan saringan kanser payu dara menerusi Program Subsidi Ujian Mamogram sejak pelancarannya pada 2007, kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar.

Daripada jumlah itu, hasil saringan seramai 176,843 wanita didapati normal manakala 15,522 lagi dikategorikan di bawah penyiasatan lanjut yang memerlukan pemeriksaan susulan.

“Sementara 204 kes lain pula disahkan positif kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan dan rawatan lanjut,” katanya semasa berucap merasmikan kempen kesedaran kanser payu dara ‘Kiss Goodbye to Breast Cancer 2014’ (KGBC 2014) di sini, hari ini.

Napsiah berkata ujian mamogram yang dikendali LPPKN merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan wanita selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan awal penyakit itu.


Beliau turut menggesa golongan sasar untuk menjalani pemeriksaan saringan khususnya bagi mereka yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap kanser payu dara.

Mengenai kempen berkenaan, Napsiah berkata ia merupakan kerjasama kali kedua antara LPPKN dan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd.

Melalui siri jelajah KGBC 2014 , LPPKN turut menyediakan enam unit klinik bergerak yang menawarkan khidmat termasuk pemeriksaan klinikal payu dara, kaunseling dan suntikan vaksin Human Papillomavirus (HPV) untuk remaja wanita. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori