Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Putuskan Pekeliling...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan pekeliling khusus berkaitan permainan Pokemon Go...

BN Tak Sokong Mana-Mana...

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak...

5 Agensi Setuju Beri...

PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Lembaga...

Anak Mekanik Motosikal Antara...

ALOR SETAR - Anak seorang mekanik motosikal merupakan antara 11 pelajar cemerlang di...

Hasil Pengurangan Subsidi Minyak Diguna Semula Untuk Rakyat

SABAK BERNAM – Hasil daripada pengurangan subsidi bahan api akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu masyarakat luar bandar terutama dari segi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Pengurangan subsidi ini tidak akan sia-sia kerana hasil daripadanya membolehkan kita menyalurkan bantuan kepada masyarakat luar bandar termasuk menggunakannya dalam projek BR1M.

“Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan, lebih baik ia disalurkan terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rakaman episod akhir Cabaran Perniagaan Luar Bandar di sini hari ini.

Mohd Shafie mengulas pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.


Sehubungan itu, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Program Cabaran Perniagaan Luar Bandar dianjurkan kementerian itu bertujuan memberi galakan kepada belia desa mengembangkan perniagaan masing-masing.

Program realiti televisyen lapan episod itu disiarkan menerusi TV3 setiap Khamis sejak 11 Sept lepas.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori