Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

M’sia, Australia Berterima Kasih...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia gembira dengan ikrar China untuk menyumbang A$20...

Proses Transisi Pemain Skuad...

MELAKA - Proses transisi skuad kebangsaan antara pemain senior kepada pemain muda bagi...

Nassier Jadi Tumpuan Peminat...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Nassier Wahab terkejut apabila menjadi perhatian peminat dari Malaysia...

Jumlah Mangsa Banjir Menurun...

GEORGE TOWN - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di lima daerah di...

Helen Mening Dilantik Ketua Wanita PPP

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (PPP) Helen Mening Sagang dilantik sebagai Ketua Wanita parti itu yang baharu.

Helen Mening, 48, terpilih menerajui sayap parti itu setelah menang tanpa bertanding pada Perhimpunan Agung Wanita PPP 2014 di sini hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Josephine Ann yang menarik diri dan tidak mempertahankan jawatannya.

Tiga jawatan Naib Ketua Wanita pula, masing-masing dimemangi oleh Samalah Arumugam, Saroja Narayan Nair dan Saniah Salleh.

Perhimpunan itu turut memilih 12 nama baharu bagi ahli jawatankuasa pergerakan Wanita.

Helen Mening memberitahu Bernama di sini, beliau akan menyusun strategi Gerak Kerja Wanita agar Wanita PPP lebih profesional dan sentiasa berada di barisan hadapan bagi menghadapai Pilihan Raya Umum akan datang.


Anak jati Miri, Sarawak itu berkata selain menjadikan PPP kekal relevan sebagai komponen Barisan Nasional (BN) beliau juga akan meningkatkan penglibatan Wanita PPP secara lebih konsisten di dalam program-program BN di setiap negeri.

Terdahulu, Presiden PPP Tan Sri M.Kayveas ketika merasmikan perhimpunan itu berkata Wanita perlu mengekalkan perjuangannya untuk hak dan menyediakan kesejahteraan kepada rakyat.

“Bagi PPP, keanggotaan parti dalam kalangan wanita kini semakin signifikan. Ini membuktikan bahawa kita semakin berkembang dan disebabkan perkembangan itu, Wanita perlu berusaha keras untuk menjangkaui apa yang telah disasarkan untuk masyarakat dan rakyat Malaysia amnya,” kata beliau.

PPP kini mempunyai kira-kira 600,000 anggota di seluruh negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori