Tersentuh hati kami melihat gambar yang dimuat naik oleh Heliza Helmi.
Sememangnya solat 5 waktu merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan bagi umat islam  dan kita juga disarankan mengenai amalan solat di awal waktu.
Namun siapa sangka,  tuntutan dan amalan agama islam ini diingatkan oleh seseorang yang bukan muslim  kepada muslim lain menunjukkan betapa mereka memahami dan bertolak ansur terhadap ajaran agama islam walaupun ianya melibatkan tanggungjawab terhadap pekerjaan.
Ini yang berlaku kepada selebriti , Heliza Helmi  ketika melakukan penggambaran Silky White. Mereka yang bukan islam berbesar hati menyediakan tempat solat untuk Heliza malah sanggup menghentikan penggambaran bagi memberi laluan Heliza melakukan ibadatnya.
Gambar kain sejadah yang disediakan oleh produksi Silky White  yang merupakan ‘chinese’  ini sememangnya harus dipuji kerana sikap mereka yang berbesar hati menghormati dan membantu agama lain.
Heliza turut bersyukur dan berterima kasih kepada pihak produksi yang sangat memahami tanggungjawabnya sebagai orang islam.
Mungkin ayat “sesiapa yang menjaga haknya bersama Allah swt, maka Allah swt akan menjaga haknya pula” sesuai untuk mengambarkan apa yang terjadi kepada Heliza kerana Heliza sering dilihat menjaga peribadinya kepada Allah swt.
Semoga kisah ini boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai. – MYNEWSHUB.CCÂÂ
Oleh : Farah.