Seorang suri rumah berusia 30-an didakwa di mahkamah di Pulau Pinang Isnin minggu lepas kerana dipercayai membunuh anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut laporan akhbar The Star, jasad kanak-kanak malang itu kemudiannya dibuang di sebuah ladang kelapa sawit di Bukti Tengah.
T. Gayathry dan suaminya, seorang pengawal keselamatan, R. Saravanan Kumar, 24 didakwa membunuh kanak-kanak itu di tepi jalan antara 8 pagi pada 20 september dan 11.25 malam (29 September).
Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 23 Sepetember mendakwa anaknya telah hilang.
Namun, berdasarkan siasatan lanjut polis, Gayathry kemudiannya mengaku dia membelasah anaknya dengan tali pingang kerana nakal dan tidak mahu belajar.
Semasa soal siasat, dia memberitahu anaknya mati pada 20 September, pukul 4.30 petang. Dia kini berhadapan dengan kemungkinan digantung sehingga mati kerana membunuh anaknya.- MYNEWSHUB