Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Larian Bendera UMNO Zon...

TANJUNG MALIM - Larian Bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO Ke-71 bagi zon...

KBS Jangka Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjangkakan lebih ramai atlet negara...

Zuraida Mahu JPP Dedah...

SIBU – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mahu supaya Pengerusi Jawatankuasa...

Yantzen Terima Hakikat Sudah...

PETALING JAYA - Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan...

Ibu Dyana Nafi Anaknya & Zairil Bercinta, Gambar Intim Satu Fitnah

YAMMY Samat, ibu bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mendakwa gambar intim yang tersebar antara anaknya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari adalah fitnah yang sengaja merosakkan imej anaknya.

“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” itu yang ditegaskan ibunya, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Yammy, penyebaran gambar itu berkemungkinan agenda pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.

Tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.

“Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baru, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.


“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya lagi.

Yammy juga mendakwa pihak yang mereka-reka cerita intim anaknya dan Zairil sudah jelas ketandusan modal.

Namun, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori