Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rantau Tak Ada Pembangunan...

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad...

MyTeksi Sokong Peraturan SPAD...

KUALA LUMPUR - MyTeksi, perkhidmatan menempah teksi menerusi Internet mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan...

Fuziah, Bee Yin, DAP...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan beberapa ahli parlimen DAP...

Datuk Bandar Kontroversi Zacapa...

GUATEMALA CITY - Polis Guatemala kini menyiasat pembunuhan Datuk Bandar Zacapa, Julio Alberto...

Akhirnya.. Zul Ariffin Dedah Siapa Wanita Seksi Yang Dipeluknya

AKHIRNYA Zul Ariffin membuka mulut tentang isu kontroversi gambarnya yang tersebar sedang berpelukan erat bersama seorang wanita.

Selama ini, ramai peminat sememangnya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita seksi berbaju hitam yang dipeluk mesra oleh Zul Ariffin tersebut.

Lebih-lebih lagi, pelakon Rindu Awak 200 Peratus ini sememangnya sedang digilai ramai wanita selepas lakonannya dalam drama tersebut mendapat perhatian.

Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Milik Gayatri?

Memetik laporan mStar Online, Zul mengakui bahawa dia sememangnya ada mengambil gambar bersama wanita tersebut ketika menjalani sesi penggambaran di Langkawi, baru-baru ini.

Bagaimana pun dia menafikan mengenali wanita tersebut.

“Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

“Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat,” katanya.

Zul memberitahu perkara ini menjadi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati untuk bergambar bersama peminat wanitanya selepas ini.


Bagaimana pun dia sudah terlebih dahulu menjelaskan perkara ini kepada kekasihnya, Gayatri dan ibunya.

ARTIKEL TERDAHULU: Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?

Pada masa sama, Zul menafikan dia berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Baguslah Zul berani berterus terang, cuma harap-harap imej bersih terus dikekalkan.

Maklumlah, mujur saja aksinya dalam gambar itu tidak terlalu hangat dipertikaikan hingga mencemar nama yang sedang melonjak naik.

Kalau tidak, sayang sahaja populariti yang baru hendak mengangkat namanya sebagai hero idaman Malaya masa kini.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori