Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Covid-19: 1,866 Kes Positif...

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding...

Perdana Menteri Jumpa Beberapa...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini bertemu beberapa individu...

Polis Perak Tembak Mati...

IPOH - Polis Perak menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah paling dikehendaki...

SUHAKAM Minta Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Perniagaan...

Tokoh Islam Liberal Indon Dakwa Kalimah Allah Tidak Eksklusif

Dr. Ulil Abshar Abdalla, tokoh Islam liberal dari Indonesia yang dilarang memasuki Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan demikian dalam satu sesi forum di Kuala Lumpur menggunakan aplikasi Skype.

Memetik sumber The Malaysian Insider, persepsi umat Islam bahawa terma Allah hanya eksklusif untuk agama tersebut merupakan satu kekeliruan kerana ia telah digunakan semenjak sebelum kedatangan Islam lagi.

ulilabshar_skype_16102014_tmi

Menurut Ulil, Allah tersebut merujuk kepada perkataan ‘Tuhan’, lantas ianya tidak spesifik kepada sesuatu agama sahaja.

Istilah Allah itu berasal daripada dua kata iaitu partikel ‘Al’ dan ‘Ilah’ yang bermakna Tuhan,” katanya.

Jika kita menyebut Allah itu, ia diterjemah sebagai Tuhan. Orang kafir di Makkah sebelum kedatangan Islam juga menyebut Allah,” ungkapnya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual melalui panggilan telefon.


Dakwanya lagi, penggunaan kalimah tersebut telah digunakan semenjak zaman Arab Jahiliah.

Kalau orang Islam sekarang merasa kalimah Allah itu milik mereka sahaja, itu bagi saya tidak benar.”

Sebelum ini, penerbitan The Herald dilarang untuk menggunakan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayunya. Keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Jun lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

*Ulil Abshar-Abdalla adalah tokoh Islam Liberal di Indonesia yang berafiliasi dengan Jaringan Islam Liberal. Pada 2003 sekelompok ulama Islam Indonesia dari Forum Ulama Umat Islam telah mengeluarkan fatwa kematian untuk Ulil berikutan artikel tulisannya di Kompas bertajuk “Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam” yang dianggap menyimpang oleh para ulama. Ulil banyak menolak keputusan pemerintah terhadap Ahmadiyyah dan Ulil juga banyak menentang fatwa dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia, seperti melarang umat Islam mengucapkan salam Krismas untuk penganut Kristian.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori