Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terengganu Lulus Dua Syarikat...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan dua syarikat untuk melakukan kajian...

Sah PAS Rasmi Putus...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan...

Jangan Samakan PKPB Dengan...

KUALA LUMPUR - "Masih ramai yang dirawat. Tidak mustahil wabak boleh berjangkit semula....

Wanita Berjaya Tetak “Kemaluan”...

Kecoh di laman sosial Facebook, apabila satu gambar petikan skrin laman sosial berkenaan...

Izara Aishah Dan Anak Datuk K Raikan Birthday Sesama Sendiri

Seminggu lalu anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Adib Khalid telah meraikan ulang tahun kelahiran pelakon cantik Izara Aishah dalam suasana yang cukup meriah.

Perkara ini dibuktikan sendiri Adib Khalid di dalam laman Instagram miliknya di mana Adib mempamerkan foto mereka bersama-sama.

Bersama gambar tersebut Adib turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang ke majlis surprise yang dilangsungkan istimewa buat Izara.

Bagi sesetengah pihak gambar berkenaan sudah cukup untuk membuktikan memang wujud hubungan mesra antara Izara Aishah dan Adib Khalid yang bukanlah lagi rahsia.


Terbaru, menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza malam semalam, terlihat sekali lagi wajah Izara Aishah dan kali ini merupakan giliran pelakon berkenaan pula meraikan ulang tahun kelahiran Adib Khalid.

Apa yang menarik, gambar hitam putih berkenaan dilihat cukup istimewa kerana Izara Aishah turut ditemani ahli keluarga Adib Khalid termasuk Dato’ Siti, Datuk K, adik beradiknya dan tidak ketinggalan ibu birthday boy, Tengku Zawiyah.

Kalaulah Izara Aishah sudah berada di dalam kelompok keluarga Adib Khalid, ini bermaksud hubungan yang terjalin antaranya dengan jejaka berkenaan bukanlah sembarangan kerana bukan mudah seseorang itu untuk berada di dalam foto sesebuah keluarga, melainkan hubungan benar-benar istimewa dan direstui keluarga masing-masing.

Jadi baik Izara Aishah dan juga Adib Khalid terimalah hitam putih kehidupan ini, sebagaimana gambar hitam putih itu. Jangan nak main sorok-sorok lagi ya? – MURAI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori