Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahu Jadikan Simpang Renggam...

KLUANG - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berhasrat menjadikan Simpang Renggam...

PM Thailand Arah Tentera...

Thailand telah mengerahkan pasukan tenteranya di selatan negara itu untuk bergerak dan membantu...

Kematian Pelajar: Bapa Buat...

Bapa kepada mendiang S Vinosiny telah membuat laporan polis terhadap Universiti Utara Malaysia...

Cangkerang UAG Untuk MacBook,...

MACBOOK 2015 mungkin adalah komputer riba paling cantik dengan binaan premium pernah dihasilkan.Kombinasi...

Jadikan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan Penjawat Awam

KUANTAN – Budaya inovasi perlu diterapkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan awam, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata penerapan budaya inovasi tersebut termasuklah perubahan cara berfikir serta keperluan dan kebolehan untuk berfikir di luar kotak oleh setiap penjawat awam bermula daripada pihak peringkat tertinggi sehingga kepada kakitangan sokongan.

“Sesungguhnya usaha berinovasi tidak terhad kepada prosedur dan proses kerja sahaja.

Penjawat awam khususnya mestilah menanam sikap berinovasi dalam berfikir, daya menyelesaikan masalah, berfikiran terbuka, dinamik dan sentiasa kreatif yang selari dengan arus perubahan semasa yang memerlukan penjawat awam melaksanakan sistem penyampaian secara cepat dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Inovasi Peringkat Negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Muhammad Aziph Mustapha.


Adnan dalam pada itu turut menyeru agar peserta program merebut peluang dan mempelajari ilmu serta teknik-teknik terbaharu yang ditimba menerusi program yang dianjurkan.

Ini kerana katanya Malaysia masih ketinggalan dari segi inovasi dan ciptaan-ciptaan baharu seperti negara maju yang lain.

“Berdasarkan kajian oleh Indeks Inovasi Global pada 2013 mendapati Malaysia berada di tangga ke-32 daripada 142 negara dengan pencapaian kira-kira 46.92 peratus, manakala tangga pertama diraih oleh Switzerland (66.59 peratus) diikuti Sweden (61.36 peratus) dan United Kingdom (61.25 peratus).

Ini menunjukkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berinovasi masih berada pada tahap yang sederhana berbanding negara maju.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori