Al-Quran dan hadis adalah panduan yang sudah cukup lengkap bagi umat Islam mengetahui hukum hakam agama syumul ini kerana jawapan bagi segala permasalahan terdapat padanya.
Sebagai contoh hukum memakan janin yang terdapat dalam perut haiwan yang dijadikan korban pada hari raya Aidiladha.
Maklumlah haiwan yang dijadikan korban tidak semestinya jantan jadi sudah pasti kadang kala berlaku keadaan di mana haiwan betina yang disembelih rupa-rupanya sedang bunting seperti berlaku di sebuah kampung dalam gambar di bawah.
Penduduk menjadi gempar apabila menemui anak lembu yang sudah cukup sifat dan hanya menunggu masa untuk lahir ketika melapah ibunya yang dijadikan korban.
Apabila ini berlaku, maka hukum memakan janin haiwan korban tersebut adalah halal sebagaimana dalil daripada hadith Rasulallah SAW yang bermaksud:
Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam tentang janin lalu Baginda bersabda: ‘Makanlah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia (janin) melalui penyembelihan ibunya’.â€Â
(Hadith riwayat Imam Ibn Majah).
Bagaimana pun jika janin tersebut masih hidup ketika dikeluarkan daripada perut ibunya maka ia mestilah disembelih terlebih dahulu jika ingin dijadikan makanan.
Wallahua’lam. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC