Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PKR: Tugas Besar Menanti...

KUALA LUMPUR — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mengambil...

Polis Tahan ‘Datin’ Terlibat...

KUANTAN – Polis menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ kerana dipercayai terlibat dengan sindiket...

Pengundi Tertua Teruja Tunai...

TUMPAT - Seorang pengundi warga emas yang berusia 105 tahun sanggup bersiap seawal...

Miliki Wang Palsu, Pemandu...

PETALING JAYA - Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah...

Jawatan Menteri Besar Selangor ‘Kerusi’ Panas

Jawatan Menteri Besar Selangor berganti sekali lagi pada 23 September lalu setelah tamat era Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama enam tahun yang bermula Mac 2008.

Setelah melalui satu kronologi tegang antara pembangkang dengan pihak istana dalam usaha menggantikan Tan Sri Abdul Khalid dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, akhirnya Azmin Ali dipilih untuk menggantikan kerusi panas tersebut.

Namun, ini bukan kali pertama jawatan tersebut menjadi hangat.

Sebelum kerusi itu bertukar tangan ke pihak pembangkang, Barisan Nasional memegang tampuk kerajaan.

khir toyo1

Datuk Seri Khir Toyo merupakan menteri besar kerajaan negeri selama lapan tahun sebelum gagal mempertahankan majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke – 12 pada 8 Mac 2008.

Walaupun beliau banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan Selangor, namun beberapa palitan kontroversi menyebabkan beliau gagal mempertahankan kerusinya, sekaligus bertukar tangan ke pembangkang.

Antaranya isu ‘Anugerah Penyapu’ yang diberikan beliau kepada Majlis Daerah Hulu Selangor pada November 2007 kerana gagal mencapai sasaran kutipan cukai.


Selain itu, beliau juga terlibat dengan tuduhan rasuah rumah agamnya yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, apabila harganya didakwa bernilai lebih daripada amaun yang dibelinya iaitu RM 3.5 juta, dan kes tersebut masih dalam prosiding mahkamah.

PAS_MERDEKA FORUM

Selain itu, Menteri Besar Selangor ke – 11, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang memegang jawatan selama 11 tahun juga tercalit dengan kontroversi.

Tanggal 11 April 1998, beliau terpaksa meletakkan jawatannya ekoran keputusan Mahkamah Brisbane, Australia yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya kerana membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke sana.

Disebabkan itu, beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebelum digantikan oleh Tan Sri Abu Hassan Omar. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori