PRESIDEN Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA) dan juga bekas CEO team Ferrari, Jean Todt berharap juara tujuh kali Formula Satu (F1) Michael Schumacher segera pulih agar dia kembali menjalani kehidupannya seperti biasa.
Todt ditemui media ketika menziarah bekas juara dunia itu di kediaman Schumacher di Switzerland.
Schumacher atau Schumi mengalami kecederaan dalaman kepala yang serius selepas kemalangan ketika bermain ski di Perancis pada penghujung tahun lalu.
(Jean Todt)
“Dia mungkin sudah tidak berupaya lagi untuk memandu dalam F1. Tapi saat ini yang paling penting ialah kita berharap Schumi akan terus bertahan, di mana ahli keluarganya sentiasa berada setiap saat bersamanya dan saya memang benar-benar berhadap keadaannya akan bertambah baik,” katanya.
Schumi kini menjalani rawatan pemulihan sepenuhnya di rumah selepas hampir sembilan bulan menerima rawatan di Hospital Grenoble, Perancis dan Hospital Universiti Lausanne, Switzerland. – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE