Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Sindir Mufti...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menyelar mufti-mufti...

Gadis Air Mineral Mohon...

GAMBAR gadis memegang botol air mineral di sebuah stesen minyak baru-baru ini menjadi...

Angka Korban Letupan Bom...

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di...

Hasrat FELDA Ambil Semula...

KUALA LUMPUR - Hasrat FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak...

JKR Pantau Keadaan Jalan Raya & Tanah Runtuh Di Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memantau keadaan jalan raya di seluruh Sabah berikutan beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan di negeri ini, sejak Ahad lepas.

Jurutera Pemeliharaan JKR Kota Kinabalu Kenney Theu berkata orang ramai diminta terus menghubungi bilik gerakan JKR di talian 088-211115 sekiranya berlaku sebarang kejadian tanah runtuh atau tanah mendap.

“JKR sedang memantau keadaan jalan raya di Sabah terutama di jalan-jalan yang dikenal pasti berkemungkinan berisiko berlaku kejadian tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh di KM45.6 dan KM9 Jalan Donggongon-Tambunan akan memakan masa untuk dibaik pulih memandangkan kawasan itu berbukit dan menyukarkan kerja-kerja untuk membuat laluan sementara.

Kedua-dua laluan itu yang terletak antara Gunung Alab dan Pusat Rafflesia di Tambunan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan di kedua-dua arah berikutan kejadian tanah mendap dan tanah runtuh di kawasan itu sejak Selasa lepas.

Kawasan itu ditutup selepas mengalami keretakan dan mendapan tanah akibat hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat yang masih berterusan di beberapa kawasan di Sabah, ketika ini.


Menurut Kenney, jabatan akan berusaha untuk membaiki jalan yang rosak dan orang ramai digesa menggunakan jalan alternatif bagi memudahkan perjalanan mereka selain mengelak sebarang kemalangan.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh di laluan Jalan Tamparuli-Ranau dan Jalan Kimanis masih boleh dilalui kenderaan kerana tidak melibatkan jalan terputus.

Insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kenderaan tertimbus.

Orang ramai disarankan menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau, Jalan Tambunan-Ranau, Jalan Keningau-Kimanis dan Jalan Tenom-Sipitang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori