Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

IM4U Sentral Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Program 1Malaysia For Youth (iM4U) yang dilancarkan sejak lebih tiga...

KKM Sambut Baik Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan...

Varian Di India Diklasifikasi...

GENEVA - Varian COVID-19 yang tersebar di India, yang mencetuskan penularan lebih pantas...

Jangan Cuba Buat Khianat...

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran...

Jobstreet Anjur Program Didik Calon Temuduga Kerja

Ramai sedia maklum, dalam menghadapi proses temuduga, calon mestilah memiliki kemampanan dari pelbagai sudut diri termasuk personaliti, ‘attitude’, penampilan dan sikap.

Sayangnya, kebanyakkan graduan yang menjalani sesi temuduga gagal menepati ciri-ciri tersebut akibat tabiat buruk yang sebati dalam diri, antaranya ketepatan masa dan tidak muncul ketika proses temuduga.

Menurut satu kajian yang dibuat TalentCorp Malaysia, 87 % majikan perlu berhadapan dengan karenah lemah dari calon yang memohon untuk menjalani temuduga.

Mengambil kira aduan yang diterima, portal jawatan kosong Jobstreet.com akan menganjurkan satu kempen bagi mendidik para calon dalam menghadapi temuduga memohon kerja.

Diberi nama kempen ‘Be My Best @ Job Interviews’ dan bakal dilancarkan 6 November depan, ia turut mendapat kerjasama dari Kementerian Pelajaran dan TalentCorp Malaysia.

Ini merupakan kali pertama inisiatif itu dilancarkan di Malaysia, menangani isu sikap calon dalam temuduga, terutamanya sikap tidak hadir,” ujar Pengurus Jobstreet, Chook Yuh Yng.

Menurut portal The Malaysian Insider, dalam kempen ini nanti, para calon akan diberi pengetahuan tentang etika menghadapi temuduga dan mendidik supaya lebih serius menghadapinya.

Menurut satu kajian yang dibuat Jobstreet Jun lepas, 500 majikan yang melakukan temuduga memaklumkan, masalah calon tidak hadir ke temuduga merupakan masalah paling banyak.


Dalam kajian tersebut, 34 % menyatakan masalah ruji setiap kali temuduga adalah ketidakhadiran calon, diikuti dengan kehadiran lewat (14 %), pemakaian tidak sesuai (12 %), tidak bersedia (12 %) dan tiada maklum balas dari calon (7 %).

graduation

Selain itu, majoriti bagi calon yang bermasalah adalah dari posisi eksekutif muda (66 %) dan lepasan graduan (62 %).

Sasaran program ini adalah untuk mendidik calon menjadi lebih serius terhadap permohonan kerja, lebih bersedia dengan temuduga kerja di mana menyelidik dan memahami lebih mengenai syarikat dan memastikan mereka menghadiri apabila menerima jemputan,” kata Jobstreet.com.

Menurut Jabatan Statistik, kadar pengangguran di Malaysia turun ke 2.7 % pada Ogos lalu berbanding 2.8 % pada bulan sebelumnya.

Maka, buat para graduan yang ingin memulakan misi memburu karier, anda tidak harus melepaskan peluang keemasan ini bagi mencari lebih input agar proses temu duga nanti berjalan lancar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori