Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sekumpulan Monyet Maut Akibat...

KEMATIAN 12 ekor monyet di Kotwali Mohammadi, yang terletak di utara India telah...

Jemaah Umrah Tarik Nafas...

SHAH ALAM - Jemaah umrah sudah pastinya menarik nafas lega apabila mereka dapat...

Guna Drone Untuk Nilai...

KUNDASANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia bekerjasama dengan Malaysian Emergency Response System (MERS...

Video: Atlet Jepun ‘Belasah’...

ATLET gusti wanita Jepun, Risako Kawai ada cara unik dalam meraikan kejayaannya memenangi...

Joko Widodo Selesai Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7

Sebentar tadi, Joko Widodo selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Republik Indonesia dalam satu majlis di Parlimen negara itu.

Turut hadir menyaksikan acara bersejarah ini adalah pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bersumpah dengan nama Allah untuk melaksanakan tugas selaku Presiden Republik Indonesia yang terbaik mengikut kemampuan saya dan dengan cara yang seadil mungkin,” kata Jokowi ketika membacakan sumpah.

Beliau merupakan pemimpin pertama negara itu yang bukan hadir daripada golongan elit politik atau ketenteraan.

[BACANajib Hadiri Upacara Angkat Sumpah Jokowi Sebagai Presiden]

Pada 22 Julai, Jokowi diumumkan menang pilihan raya presiden dengan mendapat 53 peratus undi.

Dalam statistik undi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Jokowi berjaya meraih 70,997,859 undi atau 53.15 peratus daripada 133 juta undi yang sah.

Lawannya, bekas Jeneral Prabowo Subianto mendapat 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Dalam pada itu, hari ini, belum pun dilantik secara rasmi menjadi Presiden Indonesia yang baru, laman Facebook Joko Widodo dilihat sudah pun mendapat Likes melebihi 1 juta iaitu 1,422,477 Likes setakat laporan ini ditulis.

JokowiFB_2


 

Jokowi turut memuatnaik beberapa gambar sebelum dirinya secara rasmi akan memulakan tugas sebagai Presiden menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.

 

JokowiSumpah_1

JokowiSumpah_2

Antara yang dikongsikan, gambar Jokowi bersama keluarga beliau yang bersedia untuk majlis angkat sumpah dan pelantikan selain gambarnya berpindah ke pejabat baru sebagai Presiden Indonesia. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori