SATU janin yang dianggarkan berusia lingkungan lima hingga enam bulan telah dijumpai oleh seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut, semalam.
Pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Menurut sumber Harian Metro, janin terbabit sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan pihak polis masih menyiasat dalam usaha untuk mengesan saksi ataupun ibu kepada janin tersebut.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – MYNEWSHUB.CC