Majlis perkahwinan sememangnya hari paling bersejarah dan istimewa bagi semua pasangan sebelum bergelar suami isteri.
Bagi menyempurkan majlis walimatulurus, perancangan rapi diperlukan begitu juga idea-idea kreatif yang segar terutama dalam pemilihan kad kahwin.
Zaman sekarang, kad kahwin tak lagi klise, sesetengahnya amat kreatif hingga disimpan oleh penerimanya sedangkan adat menerima kad jemputan kahwin, jarang sekali ia disimpan kecuali kad majlis kahwin sendiri atau keluarga.
Di bawah, contoh kad kahwin yang unik dan bakal buat anda tergelak besar!
Hah, mesti anda sangka ianya kertas peperiksaan biasa kan?
Rupa-rupanya ia adalah kad undangan perkahwinan yang direka seakan-akan kertas peperiksaan.
Memang lain daripada yang lainlah. Siap ada soalan dan jawapan lagi! Hihihi…
Agak-agak mesti pasangan pengantin ini merupakan seorang guru kan?
Bagi bakal-bakal pengantin, mungkin ini boleh membantu anda mencipta kad kahwin sendiri.
Bukan sahaja unik, malah ia boleh membantu mengurangkan kos majlis anda.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA