Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

47 Lagi Maut Akibat...

BEIJING - China melaporkan 47 lagi kematian akibat Covid-19, sekali gus meningkatkan jumlah...

Lokman Adam Ahli Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

Bayi Berusia 12 Hari...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda...

Pemimpin DAP Hasut Orang...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan...

Saat Memalukan, Kad Kredit Obama Tak Laku

NEW YORK – Tidak disangka-sangka, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri berhadapan saat memalukan yang biasanya berlaku kepada orang kebanyakan.

Sebaik selesai menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba kad kreditnya bermasalah hingga menyebabkan kad miliknya itu tidak diterima semasa mahu membuat pembayaran di sebuah restoran di sini.

Kejadian berlaku ketika beliau bersama isterinya, Michelle. Mereka berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya rasa tidak menggunakan kad kredit itu melebihi hadnya, jadi mereka (kakitangan restoran) anggap telah berlaku penipuan. Mujur, Michelle membawa kad kreditnya.

“Saya juga cuba jelaskan kepada pelayan itu bahawa saya tidak mempunyai tunggakan bayaran,” katanya yang menceritakan detik itu semasa berucap pada mesyuarat kewangan di sini baru-baru ini menyebabkan hadirin ketawa.


Walaupun Obama tidak mendedahkan lokasi restoran itu, namun beliau dilihat menikmati makan malam dengan isterinya di sebuah restoran yang menawarkan hidangan gaya Sepanyol di Estela, Manhattan pada bulan lalu.

Pasangan itu menikmati hidangan burrata (krim keju), roti, sos hijau serta salad dan tomato, namun harga makanan tersebut tidak dinyatakan.

Berikutan kejadian itu, Obama berkata, beliau telah mengarahkan syarikat kewangan meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit termasuk penggunaan cip untuk menggantikan jalur magnetik. – mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori