Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanam Pokok Merbau Simbolik...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang bermula semalam pada julung kalinya...

Husni Gesa Badan Multilateral...

KUALA LUMPUR - Organisasi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Asian...

Pusat Beli-Belah Terbakar, 37...

DAVAO - Seramai 37 dipercayai maut dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di...

Riuh Tangisan, Jeritan Kegembiraan...

KUALA LUMPUR : Hukuman penjara 12 tahun dijatuhkan ke atas pengasas Rumah Bonda,...

KAFA Bantah Penjadualan Semula Liga Malaysia

KUALA LUMPUR – Penasihat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa mengkritik langkah FAM mengubah jadual perlawanan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa, FAM tidak sepatutnya mengubah jadual perlawanan secara sesuka hati hanya kerana mahu memenuhi kehendak pasukan bola sepak tertentu.

Justeru, Annuar mendesak FAM mengekalkan jadual perlawanan sedia ada dan tidak mengulangi langkah mengubah jadual secara sewenang-wenangnya.

“FAM masih tidak berubah…flip flop decision tak habis habis.Jadual perlawanan tidak harus diubah sewenang-wenangnya, Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil.

“Jadual tidak boleh diubah di atas kehendak satu pihak. Cukup-cukuplah buat benda sebegini. Kekalkan jadual yang sudah lama disahkan. Bila nak berubah?,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan kejohanan Piala Malaysia akan diselesaikan lebih awal daripada jadual sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa untuk Harimau Malaya membuat persediaan untuk menghadapi Kejohanan AFF.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang juga Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipetik berkata, tarikh bagi semua peringkat kalah mati Piala Malaysia bakal dipinda dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 1 November.

“Bagi memastikan Harimau Malaya lebih bersedia menjelang Kejohanan AFF, kami mencapai kata sepakat untuk meminda tarikh latihan pasukan kebangsaan dan mempercepatkan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia dari 8 November ke 1 November,” titah baginda.

Keputusan yang dicapai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM itu bermakna suku akhir kedua Piala Malaysia yang sepatutnya pada 17 dan 18 Oktober bakal dipercepatkan ke 10 dan 11 Oktober.

Separuh akhir pertama pula akan dilangsungkan 17 dan 18 Oktober manakala separuh akhir kedua pada 24 dan 25 Oktober. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori