Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Perlu Terima PM...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktirafan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara...

Kucing Baka Mahal Mati,...

KESIAN dan tak bertanggungjawab... Hancurnya hati seorang pemilik dan pencinta kucing ini apbila...

Jangan Terpengaruh Berita Palsu...

JOHOR BAHRU - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu atau...

Pelukis ‘Ucap Selamat Tinggal’...

PELUKIS jalanan warga Thailand mendakwa didatangi pihak polis susulan grafiti yang memaparkan Timbalan...

KAFA Tidak Cukup Dana Beli Pemain Mahal

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengakui pasukan The Red Warriors (TRW) berhadapan cabaran getir untuk mengharungi musim baharu pada tahun depan.

Ia berikutan kebanyakan pasukan lain kini menerima peruntukan antara RM8 hingga RM10 juta untuk membentuk pasukan bagi musim 2015 sedangkan KAFA terpaksa bermula tanpa sebarang dana atau peruntukan besar.

“Ada bertanya apa cabaran TRW pada musim 2015 dan bagaimana mahu melawan Selangor, Kedah, Felda, Pahang, JDT, PDRM dan lain-lain pasukan.

“Sebenarnya sukar nak jawab. Dulu sewaktu orang tak berani berbelanja saya memberanikan diri membeli dan membawa balik pemain. Sekarang situasi sudah berubah. Semua pasukan utama diberi bajet RM8 hingga RM10 juta atau lebih untuk membentuk pasukan manakala kita memulakan musim 2015 tanpa sebarang dana atau peruntukan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.


Annuar turut mengakui TRW berhadapan cabaran untuk mendapatkan pemain-pemain kerana gaji para pemain bola sepak tempatan berprestasi tinggi kini mencecah antara RM700,000 hingga RM800,000 sebulan.

Jelas beliau, senario itu secara tidak langsung menyaksikan gaji pemain bola sepak tempatan kini lebih tinggi berbanding gaji pemain import.

Justeru, katanya, Jawatankuasa KAFA yang baharu bagi musim depan yang akan dipilih pada 15 November ini perlu memikul tanggungjawab yang cukup berat untuk menangani isu itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori