SEBUAH kafe di Australia, Seven Mile Beach menggunakan cara unik dalam usaha untuk menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat yang semakin pupus dari hari ke sehari.
Mereka meletakkan papan tanda di hadapan kedai mengatakan hanya sebanyak $4.00 akan dikenakan sekiranya pelanggan mengemukakan pesanan dengan berkata, “good morning, a coffe please”, $4.50 jika pelanggan mengungkapkan frasa “a coffee please” dan $5.00 untuk mereka yang hanya berkata “a coffee”.
Tujuan utama pemiliknya, Kev Chilver dan Kylie Pickett berbuat demikian adalah untuk menggalakkan sikap berbudi bahasa yang semakin terhakis di kalangan masyarakat masa kini.
Mereka mengaplikasikan cara pemasaran sebegini selepas salah seorang pekerja pernah melihat papan tanda serupa di sebuah kafe lain yang sekali gus memberi idea kepada pasangan suami isteri ini mempratikkannya pula di premis perniagaan mereka.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR