Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Mesyuarat Esok...

PASIR PUTEH - Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam...

Kawalan Bersama Tentera Malaysia,...

Kuching : Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GABMA) yang ditangguhkan sejak awal 2020 akibat...

Muhyiddin Muncul Di Pentas...

SHAH ALAM - Suasana di dewan ballroom aras 2 Hotel Empire Subang dekat...

Ujian Lebih Besar Daripada...

TAKZIAH buat PKR dan Pakatan Harapan (PH) atas tiga kematian Adunnya di Selangor...

Kajian Idea Pembangunan Bandar Raya Belia Bermula Tahun Depan

KOTA KINABALU – Kajian terhadap idea untuk membangunkan “Bandar Raya Belia” akan dimulakan pada tahun depan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Katanya sejumlah peruntukan telah disediakan bagi menjalankan kajian itu, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti lokasi dan saiz bandar raya itu selain kemudahan yang akan disediakan.

“Konsepnya masih lagi dalam peringkat awal. Kita perlukan sedikit masa untuk memastikan idea ini dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas
ditemuramah dalam segmen radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ekspresi Sabah FM di sini.

Beliau diminta mengulas perkara itu selepas membangkitkan idea “Bandar Raya Belia” dalam rancangan radio berkenaan.

Abdul Rahman berkata kementerian lain yang terlibat dalam kajian pembangunan idea itu termasuk Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang akan mengkaji, antara lain, pembinaan pangsapuri studio atau rumah saiz biasa, sistem pengangkutan yang efektif dan pusat industri kreatif.

Abdul Rahman berkata bandar raya itu akan dibangunkan mengikut cita rasa golongan belia masa kini memandangkan 50 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan berumur 40 tahun ke bawah.


Beliau berkata bandar raya berkonsep itu akan diwujudkan di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung.

Menurutnya, kedudukan strategik iaitu di dalam atau pinggir bandar menjadi keutamaan bagi membolehkan golongan belia mengembangkan idea kreatif mereka agar lebih produktif kepada negara, selain memberi peluang kepada belia yang baharu memulakan kerjaya masing-masing di bandar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata kementeriannya akan menangani isu projek pembinaan rumah terbengkalai pada tahun depan menerusi peruntukan RM2.02 bilion.

Daripada peruntukan itu, beliau berkata Sabah akan menerima peruntukan terbesar iaitu 16.43 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan dan Johor, masing-masing sebanyak sembilan peratus.

“Sebenarnya, jumlah rumah terbengkalai tidaklah begitu besar. Jumlahnya di seluruh negara hanya kurang daripada tiga peratus,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori