Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Video: 200 Penumpang Rayani...

SYARIKAT penerbangan tambang murah Rayani Air hari ini terpaksa membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala...

10 Penumpang Kapal Princess...

TOKYO - Seramai sepuluh penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan...

‘Di Matamu’ Bakal Diiktiraf...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of...

Kementerian Siasat Jika Ada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi...

Kaki Jadi Reput Umpama Kayu Akibat Bisa Ular

VENEZUELA – Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.

Bisa ular berkenaan menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.

Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.

Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.

Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.


Salah seorang doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular tersebut.

“Bisa ular sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.

Dr Arun Ghosh juga memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah menyerang otot dan ia akan merebak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori