Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tahanan LTTE: Permohonan Habeas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Oktober ini untuk mendengar...

Dr. Shahrom Lapor Polis...

SHAH ALAM - Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter melanda Kepulauan Loyalty,...

Bersiap Sedia Perubahan Iklim,...

NEW YORK - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, komuniti antarabangsa perlu memberi perhatian...

Kampung Tok Jembal Mungkin Hilang Akibat Hakisan Pantai

KUALA LUMPUR – Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk, mungkin akan “hilang ditelan laut” dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.

Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.

“Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal,” katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.

Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.

Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.

Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.


Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

“Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.

“Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang,” katanya.

Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.

“Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.

“Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori