Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

China Desak AS Batal...

BEIJING – China memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa ia akan...

Keadaan Mufti Perak Bertambah...

IPOH - Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, yang dimasukkan ke...

“Kita Bagi Masa” –...

SEPANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis bahawa masa depan skuad...

Mekanik Ditahan Selepas 2...

MARANG - Taktik seorang mekanik yang cuba menjadikan bengkel kereta sebagai lokasi untuk...

Keagungan Hari Raya Aidil Adha Menginsafi Diri

Esok, tarikh 10 Dzulhijjah 1435 adalah hari raya agung bagi seluruh umat islam bagi mengenang peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Kemuliaan hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji ini juga merupakan tanda berakhirnya tempoh mengerjakan ibadah haji di Mekah dan merupakan salah satu rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan ibadah korban bagi yang berkemampuan.

Hari yang cantik dan indah ini juga mencatatkan sejarah penting bagi islam apabila Nabi Adam dan isterinya ,Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

dkaSA

Perayaan ini juga memberi peluang menginsafkan diri dengan mengagungkan Allah sebanyak-banyaknya dengan bertakbir kepada-Nya serta ditambah dengan tiga hari sesudahnya iaitu pada hari-hari tasyrik (tanggal 11, 12 dan 13).

Ajaran islam meliputi segalanya hinggakan amalan ibadah korban memberi seribu kebaikan bukan sahaja melibatkan keikhlasan bersedekah.Namun kita diminta mempraktikkan erti silaturrahim dalam bergotong-royong bagi mengendalikan  ibadah korban ini.

Amalan yang paling afdhal pada hari ini setelah kita berhari Raya ialah mengalirkan darah haiwan qurban sebagaimana diterangkan dalam riwayat.

‘Aisyah Ra ia berkata, bahawa Nabi n bersabda,
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ ، إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا ، وَأَشْعَارِهَا ، وَأَظْلاَفِهَا. وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا .


“Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, lebih dicintai Allah selain dari menyembelih haiwan qurban.

Sesungguhnya haiwan qurban itu kelak di hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan pahala qurban itu.” (HR. Tirmidzi, no: 1413)
Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat hari raya sebanyak 2 rakaat ,dan biasanya agak awal berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, barulah upacara korban akan dimulakan.

gotong rorong korban

Di Malaysia kebiasaannya orang ramai memilih lembu, kambing, dan biri-biri untuk dikorbankan dan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid atau kawasan lapang sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha ! – MYNEWSHUB

Oleh : KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori