Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tersangkut Mesin Pembancuh Simen,...

GARA-GARA hendak membaiki mesin pembancuh simen, seorang pekerja warga Bangladesh sesak nafas setelah...

ASEAN Tolak Cadangan Halalkan...

SINGAPURA- ASEAN menolak cadangan berapa negara barat yang mahu 'menghalalkan' penggunaan beberapa jenis...

‘Cuba Ikat Kelapa Di...

Calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Sik Latifah Md Yatim menempelak tindakan Menteri Besar...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia...

Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara

KOTA BHARU – Kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk berjuang di Syria yang kononnya atas nama jihad merupakan satu ancaman buat negara dan ia tidak boleh dibiarkan sama sekali, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata jika perkara itu tidak dibanteras segera, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.

“Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Datuk Rusli Ahmad dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Azmy Yahya.

Zulkifeli berkata isu itu amat serius dan kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh menyertai kumpulan itu.

Beliau berkata semua pihak jangan memandang mudah perkara itu sebaliknya perlu bersama-sama pihak berkuasa untuk menanganinya.


Katanya jika tidak ditangani apa yang membimbangkan terdapat rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan berkenaan akan mewujudkan kumpulan kecil di negara ini apabila kembali ke tanah air.

“Kumpulan ini mampu mempengaruhi pelajar perempuan tingkatan dua menerusi Internet, apa jihadnya …kalau membunuh Islam sesama Islam,”ƃā€šĆ‚Ā  katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiƃā€šĆ‚Ā  berkata PDRM telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorangƃā€šĆ‚Ā  wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islamƃā€šĆ‚Ā  Iraq dan Syria (ISIS).

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia diƃā€šĆ‚Ā  Syria iaitu Negara Islam (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, danƃā€šĆ‚Ā  lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ‘jihad’ semasaƃā€šĆ‚Ā  ‘mengumpan’ golongan sasaran.

“Ini adalah satu ancaman yang nyata dan rakyat mesti sedar akanƃā€šĆ‚Ā  ancaman ini seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada agensiƃā€šĆ‚Ā  kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera,” kata Zulkifeli.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori