Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak: Azizah, Pua...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) membidas pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataan mengenai kenaikan...

Polis Siasat Ahli Politik...

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat pembabitan ahli politik di dalam sindiket 'cuci...

Malaysia Masih Buru Jho...

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan...

60 Peratus Daerah Zon...

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes harian COVID-19 sejak tengah bulan lalu menyaksikan hampir...

Kejadian Tembak Di Sungai Lokan Ada Kaitan Kongsi Gelap

GEORGE TOWN – Dendam antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca seorang lelaki ditembak di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Butterworth semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan polis mendapati lelaki yang cedera ditembak itu adalah anggota kumpulan 04 manakala tiga lelaki yang menyerangnya ialah geng 08.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kerana dendam antara dua geng kongsi gelap berkenaan dan siasatan polis juga mendapati gari yang berada di tangan mangsa adalah milik kumpulan 08.

“Tiga geng kongsi gelap 08 yang menaiki sebuah kereta melanggar mangsa yang menunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh dan mereka menggarinya, bagaimanapun dia meronta serta cuba melarikan diri dan seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan,” katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing di Lorong Kulit, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 8.55 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan bunuh cedera ditembak dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.


Abdul Rahim berkata pemeriksaan gari di tangan mangsa mendapati ia bukan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya dibeli dari negara jiran.

“Semua gari milik PDRM digazet dan ada nombor siri…gari yang bersama mangsa itu dibeli dari negara jiran dan digunakan geng kongsi gelap terbabit dalam kegiatan haram mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah yang ditemui pada program High Profile Policing di Kepala Batas, berkata polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Keadaan mangsa dilapor stabil tetapi belum sedarkan diri dan menurut doktor dia kemungkinan lumpuh berikutan tembakan itu mengenai urat sarafnya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori