Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU-15 Wajar Diawalkan, Selesaikan...

KUCHING : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik...

Pogba Bercuti Sakan Sudah...

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba, menikmati cutinya dengan berkunjung ke Tembok Besar China. Di...

VIDEO: Gadis 16 Tahun...

MASYAALLAH... menggeleng kepala jadinya melihat rakaman video operasi 'tangkap basah' yang dikongsi oleh...

Aktiviti Eksport, Import Diteruskan...

PUTRAJAYA - Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskan seperti...

Keluar Fatwa Haramkan Ketum – Pemadam

JITRA – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

“Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.

“Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut,” katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, hari ini.

Mohd Johari berkata Pemadam juga berharap Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses mewartakan penyalahgunaan ketum dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketum mengancam keselamatan di negara ini.


“Saya merayu kepada kerajaan agar percepatkan rang undang-undang berkaitan ketum ini agar tindakan boleh diambil terhadap pengusaha tanaman ketum yang merosakkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu meminta kerajaan Kedah menggubal undang-undang tanah bagi mengharamkan penanaman tanaman memudaratkan seperti ketum.

Kerajaan negeri berhak merampas tanah pengusaha ketum sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan dan berhak untuk memusnahkan pokok ketum yang ditanam.

“Di Thailand, pihak berkuasa akan tebang pokok ketum selain mengenakan denda 500 baht bagi sehelai daun ketum,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori