Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bila Si Cinderella Terkejut...

SAMA cantik, sama padan. Bak merpati dua sejoli apabila melihat pasangan pengantin baru,...

VIDEO : Anda Boleh...

Kalau anda merupakan pengunjung tetap di gimnasium, pastinya anda sudah arif akan kegunaan...

IBM Tutup Operasi Di...

DARI FB NAJIBPAGI ini, syarikat IT gergasi IBM umum mereka akan tutup pusat...

Bau Kuda Di Badan...

Yorkshire – Berpeluh yang melampau dan bau kuda yang kuat pada badan telah...

Keluarga Pelajar AF Berhabis RM35,000 Untuk Mengundi?

Alahai kesian pula kami mendengar kisah ibu bapa seorang peserta Akademi Fantasia yang sanggup berhabisan wang ringgit demi kerjaya anaknya dalam industri seni.

Terkejut juga mulanya mengetahui cerita tentang keluarga peserta ini yang dikatakan berbelanja kira-kira RM5,000 setiap minggu untuk mengundi anaknya agar kekal dan tidak menjadi pelajar tersingkir daripada AF.

Jika dikira-kira daripada minggu pertama hinggalah kini, bermakna mereka mungkin sudah menghabiskan sebanyak RM35,000. Hishhh.. banyak tu!

Iyelah mak ayah mana yang tak gembira nak lihat anak berjaya. Ye dak?

Selain berhabis wang ringgit, keluarga peserta ini juga dikatakan selalu mempromosi peserta tersebut kepada rakan-rakan agar mereka mengundi sama.

Tapi masalahnya, persembahan dan bakat peserta itu dikatakan hanya suam-suam kuku sahaja..

 


10644564_759932797412513_2354441988292562749_n

Maka bila hal ini berlaku, nasib pelajar-pelajar lain yang lebih berbakat terpaksa melalui penyingkiran gara-gara undian lebih rendah.

Apa pun, inilah realitinya bila kejayaan peserta program hiburan diukur dengan nilai SMS. Sedikit sebanyak dah tentu ia menguntungkan peserta yang datang daripada keluarga kaya.

Patutlah orang sering kata, siapa ada duit dialah paling berkuasa. Gitew! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori