Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Naik Kompaun Ingkar...

KUALA LUMPUR - Tindakan menaikkan jumlah kompaun hingga RM10,000 terhadap individu manakala RM50,000...

Ibarat Filem ‘Happy Ending’

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas...

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan...

BRUSSELS - Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas...

KAFA Diingat Tak Ghairah...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diingatkan agar tidak terlalu ghairah...

Kementerian Pendidikan Sentiasa Berusaha Tingkatkan Prestasi Guru

PORT DICKSON – Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha melaksanakan kaedah meningkatkan prestasi guru sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata guru sebagai pekerja profesional yang kompeten perlu berkeupayaan melaksanakan tugas dengan berkesan dan menepati hala tuju sistem pendidikan.

“Tanggungjawab seorang guru adalah sentiasa bersedia untuk menerima dan menambah pengetahuan serta kemahiran. Guru bukan sahaja menjadi pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga menjadi agen perubahan serta sumber inspirasi dan ilmu kepada murid,” katanya pada majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Abdul Mutalib Osman .

Katanya guru yang kompeten juga adalah guru yang sentiasa berpandangan jauh, berfikiran positif, muhasabah diri dan konsisten dalam menimba ilmu dan pengetahuan.

Katanya abad ke-21 memerlukan guru yang boleh menyesuaikan kemahiran pedagogi mengikut arus kemodenan dengan memiliki tahap kepakaran tinggi mengikut keperluan serta cabaran semasa.

“Penyesuaian kemahiran keguruan untuk pendidikan abad ke-21 adalah perlu untuk sistem pendidikan negara terus kekal relevan. Dunia pendidikan telah banyak berubah mengikut arus pemodenan dan globalisasi.


“Kaedah serta alatan mengajar sudah menjadi semakin canggih yang menjadi keperluan untuk guru mengajar dengan berkesan. Dunia tanpa sempadan menyaksikan informasi pendidikan di hujung jari di mana segala bentuk pengetahuan terkini akan dapat diakses oleh ibu bapa dan murid. Perkara ini akan membantu perkembangan sistem pendidikan negara,” katanya.

Justeru itu, katanya, guru perlu memainan peranan dengan menambah pengetahuan sedia ada dan bersedia untuk menerima arus pemodenan bagi memastikan pendidikan dan pengajaran yang disampaikan tidak ketinggalan.

“Kesimpulannya, satu anjakan paradigma baharu perlu digerakkan dalam kalangan guru bagi mewujudkan semangat dan kesedaran untuk menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran pedagogi terkini.

“Gerakan semangat baharu ini perlu dilaksanakan secara intensif untuk memacu transformasi pendidikan bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-1025,” katanya.

Beliau berharap warga pendidikan seharusnya manfaatkan konvensyen ini sebagai ladasan tahunan untuk para penyelidik berkongsi hasil dapatan kajian, idea serta inovasi pendidikan yang bukan sahaja dapat memberi manfaat bersama malah menyumbang kepada khazanah ilmu pendidikan negara.

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014 bertemakan ‘Guru Kompeten Memenuhi Keperluan Pembelajaran Murid Yang Pelbagai’ berlangsung 13 hingga 15 Okt. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori