Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Parah Ditetak Dengan...

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak...

Rumah Satu Kampung Di...

NEW DELHI - Pernahkah anda membayangkan semua rumah, kedai atau segala bangunan lain...

Lelaki Ditangkap, Disyaki Mahu...

TIGA gambar memaparkan lelaki didakwa cuba mencabul murid di Sekolah Rendah Agama Integrasi...

Mesin ATM Gagal Berfungsi,...

SATU rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) merakam kejadian sebuah mesin juruwang automatik...

Kenaikan Elaun Kurangkan Beban Nelayan

KUANTAN – Langkah kerajaan menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A, B dan C dalam Bajet 2015 dilihat mampu mengurangkan bebanan golongan itu dalam menghadapi pengurangan subsidi minyak baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pahang Zulkiflaa Md Yusof berkata pengumuman kenaikan elaun itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 semalam, sedikit sebanyak mengubat keresahan hati nelayan di negeri ini.

“Terima kasih banyak kepada perdana menteri kerana memberikan kenaikan elaun sara hidup kepada kami.

“Pengumuman semalam secara langsung telah menunjukkan kerajaan memang senantiasa prihatin dan mengambil berat dengan nasib nelayan termasuk dari aspek perumahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di Pahang sahaja, katanya terdapat kira-kira 4,000 nelayan di empat kawasan iaitu Pekan, Rompin, Nenasi dan Kuantan.

Semalam Najib semasa membentangkan Bajet 2015 mengumumkan kenaikan elaun sara hidup nelayan Zon A daripada RM200 kepada RM300 sebulan manakala bagi nelayan Zon B dan C dinaikkan kepada RM250.


Malah lebih 44,000 nelayan darat sepenuh masa juga buat pertama kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan Talib Hussin berkata, nelayan di sekitar Kuantan berterima kasih kepada perdana menteri atas kenaikan elaun tersebut serta beberapa lagi kemudahan kepada kaum nelayan.

“Semalam saya ada berjumpa dengan nelayan di sini dan saya dapat lihat reaksi mereka yang amat gembira dan berpuas hati dengan pelbagai peruntukan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, ini terutamanya pengumuman tambahan RM250 juta untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan serta menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.

“Pengumuman peruntukan untuk projek perumahan nelayan itu dilihat dapat memberi kesan yang menyenangkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori