Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kenal Pasti 4,000...

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenalpasti baki 4,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid...

Pemilihan Semula, Buktikan Tak...

KUALA LUMPUR - DAP perluĀ mengadakan pemilihan semulaĀ JawatankuasaĀ EksekutifĀ Pusatnya (CEC) seperti yang diputuskan Jabatan Pendaftaran...

Krisis MIC Tak Jejas...

IPOH - Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai...

Pelakon Benjy Bebas Tuduhan...

MUAR - Pelakon, Benjy dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar sebentar tadi...

Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Bersikap Terbuka

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang kerana tidak bersikap terbuka apabila menerima teguran daripada parti PAS.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pulau Pinang sepatutnya lebih terbuka untuk menilai perkara yang dibangkitkan oleh PAS di Pulau Pinang.

“Ia (teguran) bukan berniat menjatuhkan kerajaan tetapi sebagai satu teguran agar kerajaan negeri bawah pakatan tidak berterusan mengambil sikap yang merugikan kerajaan pakatan.

“Sebagaimana saya sendiri menegur kerajaan Kelantan untuk sentiasa melihat kembali `mood’ dan sokongan rakyat pada PAS dan pakatan maka tidaklah salah yang besar bagi saya jika PAS Pulau Pinang melalui wakilnya menegur untuk masa hadapan pakatan di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menyingkirkan Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang disandangnya.

Tindakan itu diambil selepas Iszuree lantang mengkritik polisi kerajaan Pulau Pinang berhubung pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penduduk negeri itu semasa Muktamar PAS diadakan di Batu Pahat, Johor baru-baru ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori