Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guna Nama PTGS, PDT...

Shah Alam : Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mengesan cubaan penipuan...

Jumlah Kutipan Harian Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan harian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Mangsa Banjir Di Selangor...

SHAH ALAM - Sebanyak 228 mangsa banjir di Selangor masih ditempatkan di tiga...

Amidon Pernah Dianggap Gila...

BERGELUMANG dengan darah dan hanyir nanah, ulat atau serangga yang menghurungi mayat reput...

Kerajaan Kaji Naikkan Kompaun Pembakaran Terbuka

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan kadar kompaun sebagai langkah pencegahan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.

Kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara ke arah mengkaji semula peruntukan undang-undang berkaitan mengkompaun kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ketika ini, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan pembakaran terbuka.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada kementerian itu untuk menempatkan 10,000 pelajar di kolej teknikal dan vokasional swasta bagi mengikuti Program Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

“Kerajaan juga akan meningkatkan pengambilan pelajar kolej vokasional dan kolej komuniti melalui TVET serta menaik taraf kolej melalui peruntukan sebanyak RM1.2 bilion dalam Bajet 2015,” katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori