Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelancong Perancis Hilang Di...

JIKA sebelum ini Pulau Tioman kecoh dengan kisah pembunuhan seorang gadis warga Perancis,...

Tsunami 2004: Anggota Penyelamat...

SUNGAI PETANI - Biarpun 12 tahun sudah berlalu, namun pengalaman bertugas mencari dan...

Maria Chin Sahkan ‘Bersih...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perhimpunan Bersih 5 bakal berlangsung pada...

UniMAP Raih Dua Emas...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih dua pingat emas pada Pameran Reka...

Kerajaan Mahu Wanita Memasuki Pasaran Pekerjaan

KUALA LUMPUR – Program Sokongan Untuk Suri Rumah 1Malaysia dan Program Wanita Kembali Berkerjaya (WCC) yang dicadang dalam Bajet 2015 semalam membuktikan usaha kerajaan menggalakkan kaum wanita memasuki pasaran pekerjaan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia merupakan satu langkah serius kerajaan bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

“Tanpa tenaga wanita dalam ekonomi negara, kita tidak mampu untuk mencapai ‘sasaran’. Jadi ini satu peluang yang begitu baik kepada wanita terutama wanita yang berhenti kerja seketika atau bersara, ada peluang untuk kembali ke pasaran kerja,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-30 hari ini.

Beliau hadir menyaksikan adiknya Datin Shameem menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Peradaban Islam.

Shameem antara 4,853 pelajar terdiri daripada 47 pelajar peringkat diploma, 3,851 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 808 pelajar Sarjana dan 147 pelajar PhD menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen UIAM kali ini yang akan berlangsung selama tiga hari.


Shahrizat berkata golongan wanita terutamanya yang tidak berkerjaya perlu mengambil peluang memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan dalam Bajet 2015 itu.

Beliau berkata peluang itu bakal meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan terutamanya suri rumah.

Dalam pembentangan Bajet 2015 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM2.26 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi mempergiat penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan.

Ia termasuk pembentukan Program Sokongan Untuk Suri Rumah 1Malaysia bagi memberi latihan kemahiran dan galakan kepada suri rumah memasuki pasaran kerja manakala Program WCC pula diwujudkan untuk wanita kembali bekerja berdasarkan kelayakan profesional menerusi Talent Corp. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori