Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PRU14: MIC Pantau Calon...

KULIM – MIC akan memantau calon yang sudah disenarai pendek oleh parti itu...

PM Lancar Kit Untuk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

PRN: Aktivis ‘Kalah’ Ganggu...

KUCHING - Tertekan dengan jangkaan calon Barisan Nasional (BN) bakal menang di kerusi...

10 Warga Asing Ditahan,...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas mereka...

Kerajaan Mungkin Perkenal Subsidi Petrol Berasaskan Kuota

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin memperkenalkan subsidi petrol berasaskan kuota bagi memastikan peruntukan yang lebih bersasaran.

Pengarah Penyelidikan dan Pelaburan Khazanah Nasional Bhd, Mohamed Ridzuan Mohamed berkata, MyKad akan digunakan untuk pengenalan dan kuota tertentu atau kuantiti akan diperuntukkan bagi mengelak salah guna subsidi oleh golongan berada.

“Inilah sebabnya pada pendapat saya kerajaan mengambil masa lebih panjang untuk memperkenalkannya (struktur baharu subsidi petrol) kerana ia membabitkan banyak perubahan pada pam atau sistem pembayaran.

“Ia juga akan membabitkan banyak perubahan perisian,” katanya pada Seminar Deloitte TaxMax di sini, Isnin.

Seminar bajet tahunan itu yang menarik lebih 400 peserta menawarkan penelitian mendalam Bajet 2015, isu pemindahan harga, cukai korporat dan bidang lain berkaitan pengurusan cukai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori