Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Di Miri...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya...

Nama KPWKM Dikekalkan –...

PUTRAJAYA - Nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang digunakan sebelum...

Fesyen Ketat, Tudung Singkat...

MENJADI seorang personaliti popular bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap tindakan dan tingkah laku diperhatikan,...

VIDEO: Menakutkan.. Penumpang Terakam...

SEORANG penumpang yang dalam penerbangan dari Singapura ke Seoul, Korea Selatan mengejutkan ramai...

Kerajaan Peruntuk RM3.7 Juta Bayar Elaun JPP

MARAN – Kementerian Kesahjeteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak RM3.702 juta bagi membayar elaun kepada 231 orang Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Pahang tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Sadique berkata, setiap orang akan dibayar sebanyak RM800 mulai awal November ini sebagai menghargai peranan mereka dalam memakmur masyarakat dan negara.

Menurutnya, peranan JPP tidak bertindih dengan Ahli PBT (pihak berkuasa tempatan) ataupun anggota Rukun Tetangga kerana anggota JPP merupakan penghubung masyarakat bandar, taman perumahan dan pinggir bandar.

Katanya, Objektif penubuhan JPP bertujuan menggalakkan penduduk dalam program pembangunan setempat serta menangani isu-isu kesejahteraan bandar.


“Peranan JPP amat penting bukan sahaja menyatukan penduduk setempat, malah menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan di dalam melaksanakan pembangunan.

“Secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berfokuskan kepada memberi kesejahteraan kepada semua lapisan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Maran di sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori