Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tak Senonoh, Miley Cyrus...

JAUH berbeza dengan artis lain, Miley Cyrus dilihat tidak begitu mementingkan pandangan orang...

Amaran Hujan Lebat, Ribut...

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka di lapan negeri,...

Cukup-Cukuplah Sebar Video, Rayu...

BERIKUTAN menjadi viral rakaman video aksi 'suamiku bergayut' yang dipercayai berpunca daripada lafaz talak,...

Jenazah Amirul Ashraff Dibawa...

PUTRAJAYA - Jenazah Amirul Ashraff Md. Azhar, pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas...

Kerajaan Setuju Seragam Gred MUET Ke IPTA Dan IPTS

KUALA LUMPUR – Kerajaan setuju untuk menyeragamkan kenaikan gred Malaysian University English Test (MUET) bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini kementeriannya hanya memberi fokus kepada persediaan pelaksanaan di peringkat IPTA, iaitu bermula tahun depan.

“Pada dasarnya setuju, ..sepatutnya memang ia perlu diseragamkan, tetapi untuk permulaan, inisiatif besar ini kita mula di IPTA. (Untuk diseragamkan) banyak perkara juga perlu diambil kira termasuk dari segi kesediaan mereka (IPTS).

“Kita juga sudah berbincang dengan IPTS, sama ada mereka mampu untuk laksanakan, (mungkin) lewat setahun dua, seharusnya mereka melaksanakan dasar yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Pada pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk menaikkan gred MUET bagi kemasukan ke IPTA bermula tahun depan. Ketika ini, syarat kemasukan am memerlukan pelajar mencapai tahap minimum MUET Band 1.


Mulai tahun depan, tahap minimum Band MUET untuk kemasukan ke IPTA ditingkatkan mengikut bidang, seperti Pengajian Sastera dan Sains Sosial pada Band 2; Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Band 3 dan Band 4 bagi Pengajian Undang-undang dan Perubatan.

Syarat untuk graduan pula, pelajar wajib mencapai Band 3 bagi Pengajian Sastera dan Sains Sosia; Pengajian STEM (Band 4) dan Pengajian Undang-undang dan Perubatan (Band 5).

Dalam pada itu, menjawab soalan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkenaan usaha meningkatkan penguasaan guru dalam Bahasa Inggeris, Muhyiddin berkata, program pemantapan tahap pengajaran Inggeris (Pro-ELT) sudah dilaksanakan membabitkan 5,010 guru, tahun lalu.

Daripada jumlah itu katanya, 76.4 peratus berjaya meningkatkan tahap kecekapan mereka sekurang-kurangnya satu Band. Pada masa ini, seramai 9,002 orang guru sedang menjalani kursus berkenaan yang dijangka menamatkan latihan April tahun depan,” katanya. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MUET

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori