Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rahsia Badan Stacy Maintain,...

KATA orang lepas bersalin mesti badan akan naik... Tapi lain pula bagi penyanyi...

PAS Kecewa Bajet Tiada...

KESAL... PAS akui pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan...

Kecoh Isteri PM Singapura...

SINGAPURA - Selepas teruk dikritik rakyat kerana melebih-lebihkan ulang tahun pertama kematian bapanya...

Jawatan Petugas Olimpik Beijing...

BEIJING - Laman web rasmi bagi permohonan petugas dari seluruh dunia untuk Sukan...

Padah Kenyataan Kontroversi, Ahli GERAKAN Digantung Keahlian

Ekoran kenyataan kontroversinya mengatakan rakyat Melayu di negara ini merupakan pendatang, seorang ahli parti GERAKAN daripada Johor, Tan Lai Soon telah digantung keahlian.

Laman portal Malaysiakini, melaporkan Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Lian berkata, Lai Soon juga mesti memberikan sebab kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional GERAKAN semalam.

Dalam ucapannya, dia mengingatkan pemimpin UMNO untuk tidak menggunakan istilah ‘pendatang’ terhadap bangsa lain kerana bangsa Melayu juga pendatang di negara ini.

Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong dalam majlis itu.

Sementara itu, Lai Soon yang dipetik portal The Rakyat Post telah memohon maaf di atas kenyataan berkenaan.

Menurutnya, ahli parti serta rakannya yang terdiri daripada orang Melayu telah menasihatkannya supaya memohon maaf dan menarik balik kata-katanya yang menyinggung perasaan itu.

Dia turut mengkritik ahli UMNO yang melabelkan kaum Cina dan India sebagai pendatang, sedangkan orang Melayu adalah pendatang dari Indonesia.


Katanya, hanya Orang Asli dan penduduk asal di Sabah serta Sarawak boleh dikategorikan sebagai penduduk asli negara ini.

Lain Soon berkata demikian pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43, di Pusat Konvensyen Setia City, pada Ahad.

“Saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Gerakan, Liang Teck Meng untuk memohon maaf atas perkara ini, seperti dipetik The Rakyat Post.

Kenyataan Lai Soon sudah mendapat kecaman beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan ada di antara mereka sudah pun membuat laporan polis ke atas kenyataan yang dikeluarkannya.

NGO yang dikenali Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berkenaan isu itu.

Naib Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendakwa Lai Soon mengikut Akta Hasutan 1948. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori