Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

252 Skim Perkhidmatan Awam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia...

VIDEO: Mesti Tonton.. Nenek...

"KEMBALILAH ke jalan Allah SWT..."Itu antara nasihat dirakam daripada seorang nenek ketika 'sekolahkan' beberapa...

Pembunuh Upahan Terlibat 6...

SIBU - Dua pembunuh upahan yang ditembak mati oleh polis di Sibu awal...

Paolo Rangel Penyerang Baharu...

KEDAH hampir pasti menandatangani penyerang baharu bagi menggantikan Pablo Pallares selepas pemain Sepanyol...

Kereta Milik Pegawai Kastam Hangus Terbakar Angkara Khianat

 

Kuasa yang diamanahkan pada pihak berkuasa tempatan sememangnya merupakan tanggungjawab yang sukar dan berat untuk dipikul.

Lihat sahaja kes yang baru berlaku semalam, kereta milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hangus dan musnah terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah, Jitra dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak puas hati terhadapnya.

Kebakaran yang berlaku pada 5 pagi semalam memusnahkan kereta pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Othman, 56.

 


Memetik petikan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah, berkata ia dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan tugas pegawai berkenaan.

“Namun kes masih dalam siasatan dan keterangan daripada jiran mangsa juga telah diambil,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu hari ini.

Walaupun botol plastik dan kesan minyak tanah dijumpai di lokasi kejadian, beliau menolak kebakaran berpunca daripada ‘molotov cocktail’.

Kini, kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori