Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Elfira ‘Sound’ Pengikut Pertikai...

AKHIR-AKHIR ini, status hubungan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus jadi bualan...

Bayi Perempuan Dijumpai Dalam...

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam beg...

Imigresen Kedah Tahan 13...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Malaysia Kedah menahan 13 warga asing termasuk seorang...

Pasangan Kekasih Ditahan, Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sepasang kekasih dan menemukan pelbagai jenis dadah bernilai...

Kerja Menakung Air Di Empangan Puah Bermula Hari Ini

HULU TERENGGANU – Kerja menakung air di Tasik Puah yang merupakan satu daripada komponen utama Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu berjaya dilakukan 48 hari lebih awal dari jadual asal iaitu pada 18 Nov ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini menunjukkan prestasi kerja yang baik oleh Tenaga Nasional Berhad, pihak konsultan dan kontraktor.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran permulaan penakungan air Tasik Puah, Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.

Mahdzir berkata projek itu yang bermula Januari 2010, terdiri daripada Empangan Puah dan Empangan Tembat yang masing-masing mampu menjana tenaga elektrik 250 MW dan 15 MW dengan membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM2 bilion.

Katanya Empangan Puah berkeluasan 6,979 hektar dijangka dapat dikomersialkan pada Oktober 2015 manakala Empangan Tembat seluas 218 hektar dijangka siap sepenuhnya pada April 2016.


Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Empangan Puah dijangka mampu membekalkan kuasa sebanyak 250 MW dan ujian ke atas dua turbin itu dijangka dapat dilakukan pada Julai 2015.

Beliau berkata empangan itu bukan sahaja bagi membekalkan tenaga elektrik kepada Terengganu, tetapi turut disalurkan kepada rangkaian grid nasional yang akan diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Selain itu Mahdzir berkata empangan berkenaan juga mampu mengawal air banjir pada musim tengkujuh.

“Ini kerana ia mempunyai tiga peringkat iaitu yang paling atas Empangan Tembat, turun ke bawah Empangan Puah dan seterusnya ke Empangan Kenyir sebelum air mengalir ke sungai Terengganu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori