Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2017 Penuhi Keperluan...

BERA - Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Jamie Oliver Dijangka Tutup...

SELEBRITI Chef, Jamie Oliver dijangka menutup 12 restorannya, menjadikan 200 pekerjanya berisiko kehilangan...

Mohd. Qabil Hadiah Pingat...

JAKARTA - Ekuin negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil berjaya meraih pingat perak...

Gambar Fitnah, Rosmah Hadir...

SATU perkara yang harus diambil berat oleh ahli politik zaman sekarang adalah, rakyat tak...

Kes Denggi Dijangka Meningkat Mulai Hujung November

PUTRAJAYA – Kes denggi dijangka meningkat bermula hujung November ini berikutan perubahan cuaca, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.

“Cuaca hujan dan kering yang bersilih ganti sesuai untuk nyamuk Aedes membiak dan berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun sebelum ini, kes denggi berkemungkinan meningkat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan operasi dan aktiviti membersihkan kawasan awam, kawasan terbuka dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes.

“Kementerian juga berharap penglibatan masyarakat dalam aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan Aedes dilakukan setiap minggu,” katanya.

Bagi memastikan kejadian kes dan wabak denggi terkawal, katanya kementerian juga meneruskan perkhidmatan semburan ruang termal dan semburan ruang ULV oleh Pest Control Operator (PCO).

Katanya PCO telah membantu dengan melakukan perkhidmatan semburan di Selangor khususnya di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak serta di Kelantan.


Subramaniam berkata bagi tempoh Januari sehingga 27 Sept lepas, jumlah kumulatif kes kematian akibat denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 146 kematian berbanding 48 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh itu adalah 76,616 kes iaitu peningkatan sebanyak 239 peratus berbanding 22,602 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya sejumlah 589 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara iaitu 340 lokaliti di Selangor, Kelantan (153 lokaliti), Johor (22 lokaliti), Sarawak (17 lokaliti), Pulau Pinang (14 lokaliti), Kuala Lumpur dan Putrajaya (13 lokaliti), Pahang (11 lokaliti), Melaka (lima lokaliti), masing-masing empat lokaliti di Terengganu dan Perak, Perlis (tiga lokaliti), Negeri Sembilan (dua lokaliti) dan satu lokaliti di Sabah.

“Daripada jumlah ini, terdapat 157 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu 98 lokaliti di Kelantan, 56 lokaliti di Selangor dan masing-masing satu lokaliti di Melaka, Pahang, dan Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori