Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas KSU MOA Akur...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani, Datuk...

Tindakan Terhadap Pelaku Edar...

KUALA LUMPUR - Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap...

Berkhidmat Kepada Rakyat Dengan...

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengingatkan 1.6...

Trump Kecam Clinton, Cruz...

WASHINGTON - Calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump, menyelar keras pencabarnya, Ted...

Kes Keganasan Rumah Tangga Di Johor Menurun

LEDANG – Kes keganasan rumah tangga di Johor mencatatkan penurunan iaitu 344 kes setakat Ogos pada tahun ini berbanding 400 hingga 450 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Mohamad Ali Taib berkata penurunan tersebut mungkin disebabkan tahap kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata kempen kesedaran serta seminar antijenayah bagi menangani keganasan terhadap wanita diharap akan membantu orang ramai mengenai hak mereka dan ciri-ciri keselamatan bagi mengatasi kes seumpama ini.

Kempen ini dilanjutkan daripada 60 kepada 90 hari, katanya kepada pemberita selepas Seminar Wanita Antijenayah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, dekat sini, hari ini.


Seminar sehari bertajuk ‘Bicara Gender: Jadilah Lelaki Dambaan Wanita’, dihadiri oleh 350 peserta.

Tahun lepas, Johor antara tiga negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi dengan 583 kes, diikuti dengan Selangor dan Negeri Sembilan, masing-masing 512 dan 502 kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori