Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Perlembagaan Jamin Kedudukan Institusi...

BANGI – Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata peruntukan...

Proses Geologi Berangkai Punca...

PUTRAJAYA: Banjir puing yang berlaku di 12 kampung di daerah Baling awal bulan...

Hayati Al-Quran Untuk Capai...

KOTA KINABALU - Umat Islam harus meningkatkan usaha mempelajari dan menghayati al-Quran bagi...

Bilik Asrama ‘Keras’ Dipulihkan

BESUT - Sebuah bilik asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah yang...

Kes Keganasan Rumah Tangga Menurun

KUALA TERENGGANU – Statistik Jabatan Pembangunan Wanita menunjukkan kes keganasan rumah tangga di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 3,268 kes dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 4,123 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Che Azizah Che Rashid berkata, tahap kesedaran wanita terhadap isu keganasan rumah tangga pada amnya semakin baik, hasil pelbagai program yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri.

“Jabatan sentiasa melakukan program kesedaran seperti ceramah dan hak wanita ini secara berterusan agar wanita tahu pihak manakah yang perlu mereka dampingi apabila berlaku keganasan terhadap mereka.

“Namun, tidak dinafikan masih ada juga kes di mana wanita tidak mahu tampil membuat aduan di atas beberapa faktor antaranya malu, campur tangan pihak ketiga dan ramai di antara mereka tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak apabila perkara aib mengenai suami diberitahu kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Intervensi Kaunseling Krisis dan Trauma 2014 ‘Bicara Gender: Wanita Anti Keganasan’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.


Seramai 350 peserta terdiri daripada ibu tunggal, pemimpin masyarakat setempat, kakitangan awam dan golongan bapa hadir pada seminar itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kes penderaan wanita.

Che Azizah berkata, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara untuk terus membantu golongan wanita yang teraniaya.

“Malah, kita juga turun padang ke setiap daerah untuk menemui golongan sasar dengan lebih dekat agar kefahaman mengenai hak dan kebajikan wanita ini terbela terutama di kawasan luar bandar.

Kebiasaannya, program kesedaran seperti ini memang mendapat sambutan yang positif, malah peserta yang hadir akan berkongsi maklumat dengan rakan yang lain dan usaha ini akan mencegah keganasan terhadap wanita,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori