Selama ini, pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memaksa orang ramai hadir ke program kerajaan dengan membawa mereka menaiki bas ke lokasi program, tetapi kali ini mereka sendiri terdesak melakukannya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarahkan cabang di seluruh negara untuk membawa ratusan penyokong ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk berhimpun kononnya bagi menuntut kebebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika dihitung, tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi rayuan peringkat terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan yang bakal menentukan nasib Anwar sama ada dipenjarakan atau dibebaskan.
[BACA – Rafizi Ramli Kini Setiausaha Agung PKR Yang Baharu]
Mac lepas, Anwar didapati bersalah selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pasukan pendakwaan ke atas kes liwat II melibatkannya dan beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2012.
Setiausaha Agung PKR yang baru, Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āDi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.
Menurut Rafizi, bagi negeri bukan dikuasai oleh PR, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āBagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya.
Orang Kena Tuduh (OKT) Anwar akan mengetahui nasibnya dalam kes berkenaan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āSaya merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KĆāĆĀ