Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

United Lega Rooney Cergas...

LONDON - Pengendali Manchester United, Louis van Gaal berharap pemulihan cepat kecederaan lutut...

5 Rakyat Malaysia Selamat...

PUTRAJAYA – Lima orang rakyat Malaysia yang mendiami Torch Tower di Dubai selamat...

Najib Cadang PAC Siasat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mencadangkan PAC menyiasat dakwaan ‘rompakan’ RM150...

Makam Saddam Hussein Musnah...

BAGHDAD - Kompleks makam bekas presiden diktator Iraq, allahyarham Saddam Hussein musnah berikutan...

Kes Rasuah Tidak Dapat Diperinci Megikut Nilai

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat memperincikan semua kes siasatan rasuah mengikut jumlah nilai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Menurutnya, ini kerana kes rasuah tidak semestinya melibatkan nilai wang semata-mata tetapi turut melibatkan perkhidmatan, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan kes bersindiket.

“Walaupun seseorang pelaku rasuah menerima nilai atau amaun rasuah yang kecil, namun terdapat impak buruk hasil pelakuan rasuah tersebut.

“Ia boleh menjurus kepada ancaman keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan ekonomi terutamanya melibatkan kehilangan hasil negara berjumlah jutaan hingga berbilion ringgit,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat yang ingin mengetahui bilangan kes rasuah yang disiasat dan disabitkan SPRM dalam tempoh lima tahun, melibatkan nilai kurang daripada RM1,000 dan lebih RM1,000,000.

Low berkata, sejumlah 5,517 kes rasuah bernilai kurang RM1,000 hingga lebih RM1 juta telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM sepanjang tempoh 2009 hingga 2013.

Bagaimanapun, Ko dalam sidang media di Lobi Parlimen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan itu dan mahu maklumat perincian kes mengikut nilain rasuah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori